Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang kedua di Malaysia.Dari pelbagai kajian yang dijalankan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Malaysia masih berada di bawah tahap yang kurang memuaskan .Suatu teori telah di perkenalkan untuk menjadikan pengajaran bahasa Arab menjadi menarik iaitu pembelajaran melalui laman web atau dikenali sebagai E-Pembelajaran iaitu kombinasi di antara eleman pendidikan dan teknologi elektronik.Dari 4 model pedagogi yang telah diperkenalkan oleh Bruner menunjukkan teknologi moden seperti laman web mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar menjadi lebih kreatif dalam memperolehi ilmu
http://www.docstoc.com/docs/19732439/PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-BAHASA-ARAB-BERASASKAN-WEB
Mengenai Saya
- nik normawati 202263
- 1983-1986(smu(A)taqaddum maarif;1987(smu(A)panchur kemumin.1988-(mmp kb)dan terakhir mendpt ijazah dari UIN pekan Baru Riau Indo.skrg bertugas di smu(A) Azhariah Melor.
One Responses to "PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN WEB"
-
zalina (202225)
says:
20 Februari 2010 pada 12:14 PTG
Salam ....
Bilangan guru yang mahir Bahasa Arab serta yang juga mahir E-pembelajaran adalah amat terhad. Kos untuk menggunakan E-pembelajaran adalah tinggi berbanding dengan pembelajaran secara tradisional, malah pertemuan dengan guru secara langsung memungkinkan keberkatan ilmu terus kepada pelajar. Pertemuan antara guru dan murid dapat dikenal pasti permasalahan secara lebih terperinci dan penyelesaian masalah tersebut adalah lebih berkesan.
-
Siti Asma' bt Zakaria
says:
2 Mac 2010 pada 3:18 PTG
Assalamualaikum...
Saya berpendapat bahawa e-Pembelajaran dalam usaha untuk memahirkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab adalah sesuatu yang efektif. Ini kerana, dunia teknologi kini menepati kepelbagaian teknik yang boleh digunakan oleh guru sebagai pendekatan terbaik untuk menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Arab. Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar mempunyai teknik yang berbeza untuk belajar dan atas sebab inilah maka e-Pembelajaran memenuhi kesemuanya samada dari segi video mahupun audio.
-
aisya2010@gmail.com
says:
5 Mac 2010 pada 11:15 PTG
Perkembangan teknologi kini semakin pesat menongkah arus perdana dalam profesion keguruan.Proses pengajaran dan pembelajaran kini lebih mudah diaplikasikan dengan penggunaan peralatan teknologi.Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBBK) dalam bahasa arab amat perlu memandangkan bahasa ini merupakan satu bahasa konstruktif dimana pelajar dan guru perlu membina sendiri kemahiran baru berdasarkan pengetahuan sedia ada.Oleh itu,guru dan pelajar harus mempunyai kesediaan dalam mengaplikasi kemudahan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai keberhasilan yang optimum..
Keluargaku
Senarai Blog Saya
-
-
ALLAHUMMAGHFIR LAHA WARHAMHA14 tahun yang lalu
-
Siapa Dajjal & Ya’juj Wa Ma’Juj14 tahun yang lalu
-
Buletin Persatuan Bahasa Melayu14 tahun yang lalu
-
Buletin Persatuan Matematik14 tahun yang lalu
Salam ustazah nik..
pandangan saya..Bahasa Arab telah dicop bahasa asing yang cukup sukar bagi kebanyakan pelajar Melayu.Oleh yang demikian P&P yang berasaskan web merupakan satu cadangan yang terbaik untuk masalah ini. P&P yang menggunakan bantuan komputer & web ini sudah pasti menarik minat pelajar di samping memberikan kesan yang maksimum dari segi ingatan dan keseronokan semasa sessi P&P. Di samping menarik minat golongan pelajar yang lemah dalam Bahasa Arab, ia juga menunjukkan peri pentingnya sistem ICT dalam kehidupan masa kini. Seandainya ilmu bahasa Al-Qur'an dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar Islam,kita mampu menangkis segala anasir jahat musuh Islam dengan adanya golongan cerdik pandai yang mahir dalam bidang IT dan agama. Wassalam